Klinik & kesihatan
Kaunter tutup pukul 6. Soalan tak tutup.
Pesakit tanya pasal harga, panel dan slot temujanji lama selepas klinik gelap. aiBalas jawab soalan pentadbiran dengan betul, book slot — dan panggil manusia saat soalan bertukar jadi klinikal.
Elaun bulanan RM5.00 termasuk · nombor anda sendiri
Hi, scaling and polishing berapa ya?
Scaling & polishing RM120, termasuk check-up. Ambil masa dalam 45 minit 🦷
Ada panel Prudential?
Ada — kami panel Prudential, AIA & Great Eastern. Bawa kad dan IC masa datang ya.
Boleh book Sabtu pagi?
Sabtu ada 9:30 pagi dan 11:00 pagi dengan Dr. Aina. Nak yang mana?
Soalan pentadbiran dijawab. Yang klinikal diserahkan.
Harga WhatsApp klinik yang tak berjawab
- Permintaan temujanji masuk pukul 10 malam dan dibaca pukul 9 pagi — masa tu pesakit dah book klinik sebelah.
- Kaunter anda habiskan pagi mengulang waktu operasi, senarai panel dan caj konsultasi, bukannya melayan orang yang ada di depan mata.
- "Berapa harga scaling?" ditanya beberapa kali sehari, dan setiap satu berhak dapat jawapan.
- Tak siapa nak AI jawab soalan perubatan — tapi tak siapa nak pertanyaan rawatan RM400 diabaikan juga.
Apa yang dia uruskan untuk klinik
Dia book temujanji
Slot sebenar dari diari anda, ikut doktor, dan walk-in yang staf masukkan kira pada kapasiti yang sama. Tak boleh double-book.
Harga, panel dan waktu
Caj rawatan, panel insurans mana yang diterima, apa nak bawa, parking di mana — soalan yang penuhkan pagi kaunter anda.
Dia berhenti di garis klinikal
Simptom, diagnosis, sama ada sesuatu rawatan sesuai untuk seseorang — dia tak jawab. Dia panggil manusia, setiap kali.
Tangkap pertanyaan luar waktu
Pertanyaan pukul 10 malam dijawab pukul 10 malam dan slot dipegang, bukan dibaca selepas orang lain dah ambil pesakit tu.
Peringatan yang kurangkan no-show
Tempahan sync ke kalendar anda dan pesakit dapat pengesahan dalam perbualan yang sama.
Satu nombor, beberapa doktor
Dia book ikut diari doktor yang betul, bukan layan klinik sebagai satu barisan sahaja.
Soalan yang bisnes macam ni selalu tanya
Dia akan bagi nasihat perubatan ke?
Tak, dan itulah sebabnya ejen Support dipilih untuk klinik. Anda beritahu terus terang apa yang dia tak boleh jawab — simptom, diagnosis, kesesuaian rawatan — dan dia serahkan pada manusia, bukan cuba jawab sendiri.
Maklumat pesakit selamat?
Perbualan kekal pada nombor anda sendiri dan dalam ruang kerja anda. Akses staf adalah ikut ejen, jadi resepsionis yang dijemput nampak klinik anda sahaja. Alert cuma bawa nama dan nombor customer.
Boleh handle beberapa doktor atau terapis?
Boleh. Setiap doktor ada ketersediaan sendiri, dan ejen book ikut diari yang betul, bukan satu barisan berkongsi.
Kalau pesakit balas dalam BM?
Dia jawab dalam BM. Dia ikut bahasa yang pesakit guna, termasuk campuran dua-dua.
Letak ejen pada WhatsApp anda malam ni
Mula percuma, tak payah kad kredit. Ajar sekali, malam ni dia dah boleh jawab.