Tentang aiBalas
aiBalas ialah syarikat Malaysia. Kami bina ejen AI yang jawab customer bisnes anda di WhatsApp, Telegram dan web chat, dalam Bahasa Melayu dan English, bila-bila masa.
Kenapa kami buat aiBalas
Kebanyakan bisnes di Malaysia berniaga melalui chat, dan kebanyakan chat masuk masa tak ada siapa free nak jawab: lepas tutup kedai, masa lunch sibuk, hari cuti umum. Customer yang terpaksa tunggu selalunya beli di tempat lain. aiBalas bagi setiap bisnes satu ejen yang jawab guna maklumat bisnes anda sendiri, ambil tempahan dan lead, dan serahkan kepada orang anda bila perlu.
Cara kami bekerja
Harga dalam ringgit, dan pelan Free tak perlu kad. Anda sambung nombor WhatsApp anda sendiri, sama ada melalui sambungan rasmi Meta (aiBalas ialah Meta Verified Tech Provider) atau QR link, dan kami terangkan dengan jelas apa maksud setiap satu sebelum anda pilih. Channel anda kekal milik anda, begitu juga perbualan dengan customer anda.
Syarikat
aiBalas dikendalikan oleh AIBALAS TECHNOLOGY (no. pendaftaran syarikat 202603217234 (KT0619490-U)), beralamat di No 355, Jalan Timur 2/7C, Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.