WhatsApp · Telegram · Website chat

Kedai tutup. Mesej tak tutup.

Satu ejen AI dan chatbot untuk chat dan panggilan. BM, English, Manglish.

Tak perlu kad. Cuba terus di WhatsApp

Maskot aiBalas sedang melambai

Kedai anda

Ada stok saiz M?

11:47 mlm

Ada! Nak saya simpankan satu?

Boleh, simpan satu ya.

  • Meta Verified Tech Provider
  • Integrasi WooCommerce
  • Google Calendar & Sheets
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Sembang web
  • Panggilan telefon
  • Panggilan WhatsApp

Satu malam

Pesaing anda balas esok pagi.

Contoh satu malam, bukan chat sebenar.

  1. 23:47
    WhatsApp
    Buat appointment.
  2. 00:14
    Web chat
    Tanya harga. Terus dapat jawapan.
  3. 02:31
    WhatsApp
    Perlukan orang. Anda dipanggil.
  4. 06:02
    Telegram
    Ubah booking. Jadual dikemas kini.
Maskot aiBalas memegang telefon

Suara

Panggilan terlepas? Tidak lagi.

Penyambut tetamu AI untuk talian telefon anda.

Hari ini

3 panggilan terlepas

12:41 tghtiada mel suara
1:05 ptgtiada mel suara
8:20 mlmtiada mel suara

Dijawab oleh aiBalas

“Harga baju kurung RM79, puan.”

BaharuPanggilan WhatsApp+ talian telefon anda

RM50 sebulan sebuah nombor · 80 sen seminit untuk AI

Macam mana ia berfungsi

Tukar harga sekali. Semua saluran tahu.

Pangkalan pengetahuan anda
  • Waktu operasi
Baju kurungBaru dikemas kini
RM89RM79
  • ChatSekarang RM79 je.
  • TelefonHarga RM79, puan.
  • PromosiYa, RM79 semua saiz.

Satu harga. Dalam ringgit.

aiBalasRESIT
1 × ejen AIRM50.00
Peruntukan AIRM20.00 termasuk
Nombor WhatsApp ×5RM0.00
Telegram + sembang webRM0.00
Siaran sosialRM0.00
Ahli pasukanRM0.00
JUMLAH / bulanRM50

Selepas itu kira-kira 3 sen setiap balasan.

Sekadar cuba?

Pelan Percuma, tanpa kad

RM0

Tambah talian telefon

AI jawab panggilan

+RM50
Maskot aiBalas, ibu jari ke atas

Tiga langkah

Macam mana nak upah

  1. 01

    Sambung channel

    Sambung WhatsApp melalui Meta atau kod QR.

  2. 02

    Cerita pasal bisnes anda

    Waktu, lokasi, harga.

  3. 03

    Dia mula balas

    Semua chat masuk satu dashboard.

Halaman Connect aiBalas: WhatsApp dah link dan membalas, Telegram sedia untuk disambung

Soalan

Soalan lazim

Apa itu aiBalas?

aiBalas bagi bisnes anda satu ejen AI yang balas customer di WhatsApp, Telegram, atau chat widget di website anda. Dia jawab ikut maklumat bisnes anda (waktu operasi, harga, polisi) dan pass kepada staf bila perlu.

Ini auto reply WhatsApp ke?

Lebih dari auto reply biasa. aiBalas baca setiap mesej dan tulis jawapan sebenar ikut maklumat bisnes anda: harga, stok, booking. Auto reply keyword tak boleh jawab "berapa harga size M?"; ejen boleh.

Ada pelan percuma?

Ada. Pelan Free bagi anda satu ejen dan elaun penggunaan RM5.00 sebulan, tak perlu kad. Boleh jalan di WhatsApp (sambungan rasmi Meta atau QR link), Telegram, atau web chat anda.

Macam mana nak sambung WhatsApp?

Ada dua cara. Sambungan rasmi Meta: sambung nombor anda melalui Meta dari halaman Connect dalam beberapa minit, dan anda masih boleh guna app WhatsApp Business di nombor yang sama. Atau QR link: scan QR code dengan nombor WhatsApp anda yang sedia ada, sama macam WhatsApp Web. Dua-dua cara, anda kekal guna nombor yang customer dah kenal.

Boleh ke nombor WhatsApp saya kena ban?

Nombor yang disambung ikut QR guna WhatsApp dengan cara yang Meta tak sokong secara rasmi, jadi memang ada risiko nombor disekat atau kena ban. Risiko ni sama dengan mana-mana automation WhatsApp Web. Kami bagitahu awal-awal sebelum anda sambung, dan kami rekod persetujuan anda. Untuk kurangkan risiko, ejen anda takkan mulakan perbualan di nombor QR: dia hanya balas orang yang mesej anda dulu. Sambungan rasmi Meta pula cara yang Meta sokong, jadi sambung cara tu tak bawa risiko ni.

Boleh cakap Bahasa Melayu?

Boleh. Dia balas ikut bahasa customer, termasuk Bahasa Melayu, English, dan bahasa rojak harian.

Apa jadi bila customer perlukan staf?

Ejen berhenti dan bagitahu team anda; setiap perbualan ada dalam live dashboard, dan sesiapa dalam team boleh ambil alih tengah chat. Booking pun sama: kalau tak ada sistem booking, dia kumpul detail untuk team anda sahkan; kalau ada (ciri pelan Agent), dia check slot yang betul-betul kosong, confirm terus, dan baca balik masa tu kepada customer.

Macam mana baki penggunaan RM berfungsi?

Bayar hanya untuk apa yang agen anda guna — elaun RM bulanan bagi setiap agen, tambah nilai dalam RM bila perlu. Ejen guna baki tu bila dia tulis jawapan sahaja; jawapan biasa dalam 3 sen secara purata, sedikit lebih mahal selepas senyap seketika. Bila habis, ejen berhenti dulu dan team anda sambung balas macam biasa. Baki penggunaan anda ialah baki perkhidmatan prabayar yang tidak boleh dikembalikan, untuk kegunaan aiBalas sahaja. Ia bukan wang yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan.

Berapa lama nak setup?

Beberapa minit je. Sambung channel, pilih ejen, isi borang ringkas pasal bisnes anda (waktu operasi, lokasi, harga) dan dia terus mula balas.

Boleh guna AI provider sendiri (BYOK)?

Boleh. Akaun berbayar boleh sambung endpoint OpenAI-compatible dan API key sendiri; lepas tu jawapan jalan atas provider anda dan tak makan baki penggunaan aiBalas.

Satu nombor boleh jalankan dua ejen?

Satu channel jalankan satu ejen pada satu masa: nombor WhatsApp, akaun Telegram, atau web chat anda, dan anda boleh tukar ejen bila-bila masa. Nak line support dan line jualan serentak? Tambah ejen kedua di channel dia sendiri.

Boleh guna dengan kedai online saya?

Boleh. Sambung kedai WooCommerce dan ejen jawab soalan stok dan harga terus dari katalog sebenar anda, dan boleh semak order untuk customer yang bagi nombor telefon atau email yang sepadan.

Kedai boleh tutup. Mesej tetap dibalas.

Elaun bulanan RM5.00 termasuk · WhatsApp, Telegram & web chat

Maskot aiBalas sedang meraikan